Posts

Showing posts from May, 2016

Aku terima nikahnya dengan Mahar yang tersebut

Image
by RihanNa (bukan Nama Sebenar)

Sengaja kali ini tajuk entry di taip dalam bahasa melayu. 
Kebiasaannya entry di sini dalam bahasa inggeris. 
Kita ubah,  ini kalilah. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  pada tarikh 14 May yang lalu,  sekitar jam 10.30 pagi telah sah saya menjadi isteri kepada jantung hati saya Encik Azrol. Lelaki ajnabi yang saya kenal kurang dari setahun tetapi setelah beberapa kali istikharah, saya yakin saya adalah untuknya, dan dia adalah untuk saya. 

Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Bermulalah tanggungjawab saya sebagai isteri dan dia sebagai suami. Semoga kami bisa mengharungi apa pun cabaran hidup, apa pun dugaan dalam berumah tangga. 

Sesekali saya teringat pada hari saya dinikahkan, perasaan rindu saya pada arwah abah saya kembali bertandang. Wakil wali saya, adik saya sendiri, adik beradik yang lain, emak saya serta ahli keluarga yang lain pun turut merasa rindu pada arwah. Saya perhati juga tetamu yang datang turut melinangkan air mata d…