Aku terima nikahnya dengan Mahar yang tersebut

by RihanNa (bukan Nama Sebenar)

Sengaja kali ini tajuk entry di taip dalam bahasa melayu. 
Kebiasaannya entry di sini dalam bahasa inggeris. 
Kita ubah,  ini kalilah. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah,  pada tarikh 14 May yang lalu,  sekitar jam 10.30 pagi telah sah saya menjadi isteri kepada jantung hati saya Encik Azrol. Lelaki ajnabi yang saya kenal kurang dari setahun tetapi setelah beberapa kali istikharah, saya yakin saya adalah untuknya, dan dia adalah untuk saya. 

Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri. Bermulalah tanggungjawab saya sebagai isteri dan dia sebagai suami. Semoga kami bisa mengharungi apa pun cabaran hidup, apa pun dugaan dalam berumah tangga. 

Sesekali saya teringat pada hari saya dinikahkan, perasaan rindu saya pada arwah abah saya kembali bertandang. Wakil wali saya, adik saya sendiri, adik beradik yang lain, emak saya serta ahli keluarga yang lain pun turut merasa rindu pada arwah. Saya perhati juga tetamu yang datang turut melinangkan air mata di tika itu. 

Air mata saya adalah untuk arwah dan juga betapa gembiranya saya setelah hampir 30 tahun mencari arti hidup. 

Azrol. Lelaki yang sangat kurang dengan kata-kata. Hanya kawan rapat saja yang tahu betapa dia seorang yang artistik dan sangat rajin dan suka menolong orang lain. 

Saya jatuh hati pada hatinya. Yang tulus walau misteri terkadang namun tak pernah saya khuatir pula. Saya tahu dia hanya mahu yang terbaik untuk kami berdua. 

Degil. Mengalahkan anak kecil. Tak pernah putus asa. Itu yang saya idolakan sangat. 

Lesung pipit di sebelah pipi kanan itu, yang saya rindu bila dikejauhan. Alahai, bila lagi kita kan ketemu. 

Ramai bertanya, nanti pindah Bintulu ka? Bolehka berjauhan? InshaAllah Allah permudahkan. 

Alhamdulillah majlis ini seperti yang kami mahu. Dulang hantaran semua buat sendiri, kad kahwin design sendiri (suami yang design, print dan trim), kereta hias sendiri, mekap oleh adik sendiri, inai oleh adik juga dan jadi fotografer pun dia juga. Serba serbi boleh la. Sangat-sangat di alukan kalau nak servis dia untuk inai dan mekap. Kalau berkenan bolehla cari @touchbyjie di instagram. InshaAllah berpatutan caj nya. 

Gambar bawah ini semua yang diambil dari kamera fon kawan-kaean dan keluarga. Yang official, masih raw lagi. Kalau ada kita share juga ye. 



Setelah sah dinikahi.  Acara menyarung cincin. 


Hari kedua di kampung Jepak. Mekap oleh @touchbyjie


Bersama geng keras #AzrolRai pengapit dan fotografer merangkap mak andam


Inilah jejaka saya. Mark Adam Jepak. ☺


Kad kahwin untuk majlis di kampung. 


Hiasan untuk cincin pihak lelaki saya gubah dari tisu je. 


Malam berinai


Antara sahabat SMKA Tunaz dan dari Miri yang hadir. 


Hasil tangan saya ja. 


Wakil the penjahats Tino dan Hafiz


Suka gambar ni


Saya dan hantaran untuk pihak lelaki


Rerakan Miri yang support kedua-dua majlis #pelaminkedua


Rerakan dari Miri juga last minute hadir. Terharu sangat. 


Family Photo 


Majlis bersanding di Kampung Jepak #pelaminpertama


Pengapit terkepit dengan kakaknya


Acara memotong kek. Kek tu sedap sangat. #pelaminketiga


Antara sanak saudara yang hadir di majlis ijabqabul


Ustaz Khalidi (rakan sekolah saya) sebagai jurunikah


Bersama abg dulang dan adik kakak dulang sekalian


Wali saya merangkap adik saya sedang gigil ☺


Rerakan sekerja dari Miri


Terima kasih semua. 

Selesai. 

Comments

Popular posts from this blog

berita gembira untuk aku

satu permulaan

satu hal