Puasa bertiga. Raya bertiga.

Alhamdulillah. Tahun ini Allah bagi kesempatan kepada keluarga kecil kami untuk menyambut Ramadhan dan Syawal bersama Izaac.

Tahun lepas berdua je. Syukur tahun ni bertiga. Tak sangka betul. Allah Maha Pemurah. Allah pemberi rezeki. Alhamdulillah.

Hari ini puasa ke 7. Alhamdulillah Izaac dah 2bulan lebih. Kuat betul menyusu. Berat pun dh hampir 6kg. Syukur walaupun berpuasa susu badan masih ok. Malah bertambah banyak dari tak puasa.

Biskut raya dan kek tak buat lagi. InshaAllah final week puasa baru start buat. Biar fresh sikit.

Raya tahun ni kami plan nk bermalam di kpg jepak. Kasi can la cucu pertama tok abah dan nek abah dia. Hehehe..

Syukur. Walaupun dah bekerja lagi tak rasa boring duduk rumah. Sebab dengan Izaac ada saja benda yang nak dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

satu permulaan

Holiday lah sangat

The kind of man that I married to