prolog
original by cikjijah
"sudah la tu, jgn ditangisi yg sudah tiada.tak da gunanya lagi...kita doakan saja agar rohnya di cucuri rahmat"sambil mengelap airmata yg jatuh di pipi adiknya, Janna , Wanna cuba menenangkan adiknya itu..
"dik, sudah la..."masih lagi air mata Janna mengalir.tapi kali ini lebih lebat lagi.."akak tak kan faham..Janna banyak bersalah pada arwah..Janna tak sempat mintak maaf kak..Janna menyesal"
"menyesal sekarang tak da gunanya lagi dik.benda dah jadi..kita redha saja dengan ketentuan Illahi ye dik?mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan ni" Wanna sedar, biarpun mereka dilahirkan sebagai anak yatim sejak dari kecil, namun kasih sayang pak cik mereka itu tak pernah setitik pun hilang kepada Wanna dan Janna.
Pakcik Yusof memang lelaki yang baik. Seorang ayah yang baik. Malah anaknya sendiri cemburu dengan kasih sayang yang Pakcik Yusof curahkan kepada mereka berdua.
Namun..takdir merubah segalanya..Pakcik Yusof kini sudah tiada lagi di dunia ini. Penyakit strok yang telah lama di hidapi pakcik Yusof kini telah memakan nyawanya..Mungkinkah dia terlalu banyak memikirkan hal Janna hingga jadi begini?fikir Janna sendirian. Air mata makin laju menuruni pipinya yang gebu itu.
"Puaslah hati korang sekarang kan?Papa dah takda senanglah hidup korang kan?bebas!" tersentak Wanna dengan kata-kata keras Malisa."apa yang kau cuba katakan ni lisa?" Mahu saja Janna menampar si mulut celupar itu. Namun ditahan pula oleh kakaknya.
"heh..tanya pulak?bodoh ke bengap?well..whatever it is, kau jangan harap kau akan dapat miliki segala kemewahan Papa ni. Sebab semua ini akan jadi milik aku. Aku anak Papa. So aku akan dapat semua ini." bangga Malisa dengan kedudukannya ketika itu.
"Lisa, kau nak ambil harta Papa yusof ambillah.Tak terhajat pun di hati kami nak semua itu." Wanna menahan sabar dengan sikap tamak Malisa. Tidak ingatkah dia pada Papanya yang baru saja pergi. Manusia-manusia...
Comments