Sebulan bergelar Puan

by RihanNa (bukan Nama Sebenar)

14 June 2016.  Alhamdulillah genap sebulan menjadi isteri Azrol. Banyak yang saya belajar tentang dirinya. Makanan yang dia suka, topik cerita yang dia 'masyuk', kemanjaannya,  pendek kata semualah. Tapi tu belum semua lagi. Sebab pada puasa ke 8,  saya terpaksa balik ke Miri untuk sambung bekerja. InshaAllah berjumpa lagi sebelum raya tiba.

Yang paling rindu bila berjauhan ni,  solat bersama,  makan bersama,  masak bersama,  pendek kata semuanya bersamalah.

Masa nikah hari tu,  ustaz Khalidi ada cakap,  "walaupun isteri kitak ya sekolah agama,  tauk sal agama,  jangan kitak pikir kitak sik perlu ngajarnya  pasal agama. Mesti ajar. " Alhamdulillah kami banyak belajar bersama.

Banyak masa kami spend untuk dating dan ada juga masa kami spend melawat mak dan adik2 abg & anak buah kat rumah emak saya.  Tak lupa juga keluarga suami di kpg jepak.

Pertama kali puasa sebagai isteri memang banyak tanggungjawab.  Walaupun saya tak ada masalah nak bangun masak untuk sahur,  tapi suami bukan jenis yang makan berat masa sahur.  Bagi dia crackers Hup Seng cicah milo atau teh pun dah cukup. Husnozon sangat kan?

Tapi kadang saya paksakan juga makan.  Walaupun saya tahu dengan keberadaan saya di Miri lagilah besar alasan dia untuk tak bangun sahur atau sekadar minum air dan makan kurma saja.

Ramai juga kawan bagi tips untuk menjaga hati suami seperti bila dia balik kerja hidangkan air tanpa menunggu dia minta dan sebagainya.

Alhamdulillah. Untung ada kawan yang macam ni kan?

Cuma saya nak bagitau,  satu cerita ni, masa first day puasa, saya plan nak memasak untuk berbuka,  tapi suami nak juga ke bazar ramadhan,  so saya ikutkan saja la.

Bila sampai je bazar,  kami pun ronda ronda la setiap gerai. Sempat juga jumpa ahli keluarga dia yang berniaga di situ.

Kemudian saya tanya,  by nak makan apa? Dia cakap dia nal beli rojak buah. Ok then kami pegi la beli. Then saya kata teringin pulak nak makan nasi kandar daging masak hitam. Then kami pun beli. Then saya tanya lagi,  nak beli apa lagi ni,  dia cakap dah takde dah,  jum balik. Saya pun hangin la,  pasal dia berbuka dengan rojak saja.

Saya tanya lagi,  takkan itu je? Dia cakap cukup ni. Betul. Saya terus buat muka. Penat datang bazar dia beli rojak je untuk berbuka. Dalam hati memang marah sangat sebab dah la panaskan?  Beli rojak je?

Kemudian dia kata lagi,  laaa kenapa?  Okla kita beli lemang & kuih penyaram. Pastu kami pegi beli,  saya terus diam je tak kata pape.

Then sampai rumah saya buatla air oren. Masa hari pertama puasa kami tak sempat beli kurma. Jadi masa buka puasa tu berbuka minum air oren dulu. Doa berbuka memang baca sama-sama.  Tapi masing-masing diam je. Ya Allah,  tuhan je tahu perasaan saya masa tu. Puasa pertama tu.

Nasi saya beli tu saya bahagi dua dengan dia. saya tak habiskan nasi tu pun sebab tak kena selera saya.

Perasaan saya masa tu,  saya just nak masak saja untuk dia. Itu saja. Saya tak suka kalau dia makan simple macam tu. Tapi saya salah sebenarnya. Dia memang macam tu pun. Makan yang simple je. Dia bagitau la yang setiap tahun dia memang beli kat makcik rojak tu. Setiap tahun. Ya Allah bersalahnya saya merajuk macam. Budak kecil sebab tak dapat masak.

Seperti yang saya kata awal tadi,  masih banyak yang saya perlu belajar tentang dia. Tak semua perlu ikut cara isteri. Kekadang sebagai isteri kita yang kena 'adjust'.

Alhamdulillah sekarang dah sebulan. Semoga bisa berhidup lebih lama lagi dan dengan izin Allah senantiasa dalm redhaNya dan dalam keberkatanNya. Amin.

Terima kasih by. Allah has sent me what i needed. Allah has sent me,  you.













Comments

Popular posts from this blog

satu permulaan

Holiday lah sangat

The kind of man that I married to