perasaan atau perasan?
original by cikjijah
perasaan..
suatu rasa dalam hati..
yang kdg2 sukar nk difahami..
hanya empunya diri yang mengerti..
akan apa yang dirasa di dalam hati..
dikongsi atau berkongsi..
itu terpulang pada diri..
perasan..
juga satu rasa yang ada dalam hati..
yang paling sukar difahami..
aku atau dia kah yg perasan..
aku tak mengerti..
tak sanggup ku tertanya2 begini..
aku ingin tahu isi hatinya..
tapi..tak malukah aku sebagai wanita yang bertanyakan soal hati sebegini..
ah..
aku jadi ragu pula..
tanya atau tidak?
tanya..tidak..tanya..tidak..
ah..pening..pening...
perasan kah aku?
atau aku memang mempunyai perasaan ini?
bantu aku ya Tuhan..
hanya Kau yang mengerti rasa ini..
dari sinar matanya..ku tahu dia juga rasa seperti yang ku rasa ini..
namun, bibirnya bagaikan terkunci untuk meluahkan isi hatinya itu..
bantulah aku ya Tuhan..
sempurnakanlah hidupku dengan kehadiran si dia..
dan Kau sempurnakanlah hidupnya dengan kehadiranku..
itu...perasaanku ketika suatu masa dulu..
syukur pada Tuhan..
kerana memberikan aku 'kebahagiaan' ini..
kerana menyempurnakan hidupku dengan kehadiran 'dia'..
dan menyempurnakan hidupnya dengan kehadiranku..
terbukti..bahawa bukan aku saja yg berperasaan begitu..
it takes two to tango..
aku benar2 jatuh cinta..
ya..hingga sekarang..
ku akui, dia hanyalah lelaki biasa..
lelaki yang menjanjikan bahagia bagi setiap wanita..
siapa yg mahu menjanjikan derita bukan?
lelaki yang mendakap penuh erat wanitanya..
lelaki yang mempertahankan hak nya iaitu wanita yang dicintainya..
hero bagi wanita itu..
ya..dia hanya lelaki biasa..
yang mampu memberikan aku senyuman di saat aku bersedih..
yang mampu memberikan aku ketenangan walau dengan hanya menatap gambar wajahnya..
yang mampu memberikan aku bahunya tika aku memerlukan..
yang memberikan sedayanya di masa susahku..
ya..dia lelaki itu..
perasaan kasih ku padanya..
masih sama..
bahkan semakin bertambah..
inikah dia?
yang ku tunggu2 selama ini..
inikah dia?
yang ku impikan selama ini..
ku doakan kita kan selalu begini..
menyempurnakan kekosongan antara kita..
melengkapi kekurangan antara kita..
dan..ku harap ia kekal begini..
dengan izin Mu ya Tuhan..
hanya dengan izin Mu..
amin...
Comments