lemas dan rimas

by RihanNa (bukan Nama Sebenar)

pernah sekali aku menceritakan tentang seorang kawan di blog "cerita aku dan kamu"

tapi blog itu telah ku delete atas sebab2 yg tidak dapat di atasi

berbalik kepada cerita kawan ini

pada mulanya aku senang dengan sikap keterbukaannya

sekali dua dia mengajak ku makan atau keluar

aku ia kan sahaja kerna bagiku kami sekadar teman sepersekolahan

namun kejadian makan luar ini justeru menjadikan aku kurang senang

aku sahaja yg di ajaknya keluar makan

malahan sanggup pula setiap kali dia mengajak aku pergi, dia pasti membelanjaku

aku trus menerus rasa kurang enak

sehingga satu hari salah seorang teman baik ku memberitahu aku bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa

sungguhpun dia sudah mempunyai teman istimewa

aku tidak pernah merasakan perasaan kasih mahu pun sayang ke atas nya, jauh pula jatuh cinta

ada saja alasannya untuk bertemu

jahit seluar la, pinjam buku la, makan mcd la...

aku semakin rimas.. semakin lemas..

risau pula, apa tindakan aku melayannya seperti mteman-teman lain telah di salah anggap?

aku pada mulanya kasihan melihat dirinya yg mungkin kurang serba-serbi berbanding teman sepersekolahan yang lain...

tapi, kini, aku tiada lagi rasa kasihan. cuma..lemas dan rimas..

harus ku kata apa kepada insan ini?

telaah ku bilang ku punya cinta yang lain, tetap saja mau mengganggu hidupku..

seakan tak mahu mengalah pula...aduhh....

pening aku dalam situasi ini..Tuhan, tolonglah hambaMu ini...

Comments

Popular posts from this blog

berita gembira untuk aku

satu permulaan

satu hal